Friday 14 March 2014

Kota Kinabalu (Second Time Honeymoon)

7-9 Mac 2014. Cinta bersatu di bumi Kota Kinabalu. Aishah dari Tawau, Abang dari KL. Kami berjumpa di Kota Kinabalu. Subhanallah, bahagianya saat itu. KK jauh berbeza pembangunannya berbanding Tawau. Kami tiba di lapangan dalam pukul 6.00 petang. Then kami bergerak ke Pantai Inn Hotel naik teksi. Kami rehat2 dulu di bilik, dalam jam 8 malam baru kami mula merayap2 di sekitar Bandar. Apa yang kami tercari2 malam ni ialah Pasar Malam Ikan Bakar. Actually pasar ni buka dari jam 5 petang sampai lewat tengah malam. Disebabkan kami kepenatan, so kami g awal sikit, balik nnt boleh tido cepat.
Ha terliur tak tgk? So, kalau g KK jgn lepaskan peluang untuk g makan ikan bakar fresh2 kat sini ok. Lepas dh kenyang apa semua kami pun bergerak ke pasar ikan bersebelahan pasar ikan bakar. just cuci2 mata.
Keesokan harinya Aishah n husband menghabiskan ms bersama jalan2 kat shopping complex dalam bandar KK.. Antara mall yang sempat kami pergi, Suria Sabah, Centre Point and One Borneo Hypermall... Malam tu sekali lagi kami pergi makan kat Pasar malam ikan bakar, sebab nak try gerai lain pulak. Lepas makan, kami g beli Ikan Bilis, Ikan Kering, Amplang, Kuih Cincin, Sotong Kering dan udang kering untuk abg bawak balik semenanjung.
Esoknya pulak (9 Mac 2014), dalam jam 4 pagi aku dh dengar bising2 belakang hotel kami menginap. Aku try jenguk kat tingkap rupa2nya Pasar gaya sudah mula beroperasi dari jam 4 pagi lagi. lepas solat subuh aku and suami still lepak2 kat bilik, jam 8 pagi baru kami keluar ronda2 pasar gaya yang sangat besar tu. Memang penat jugak la nak round sampai habis. Kat sni la kami ukirkan kenangan dengan membeli cenderahati tertulis nama kami dan tarikh kami honeymoon.
Jam 2 petang kami bertolak ke airport naik bas. Sampai airport flight abg delayed. Tapi yang tak bestnye tempat menunggu flight ke Tawau n ke KL berasingan.  Aishah memang sedih gila la masa ni, Aishah nangis sepuas2nya. Puas Aishah fikir macam mana nak bg tengok abg, bila Aishah dah dapat idea, terus Aishah call abg suruh abg duduk kat cermin menghala ke tempat Aishah tggu. Kami berhubung tanpa suara di dinding cermin. Aishah siap berselfy dan buat video lagi dengan abg. Tepat jam 4 petang flight abg dah sampai. Aishah tggu abg tepi pintu cermin sbb abg akan lalu kat depan pintu tu untuk ke flight. Hanya lambaian terakhir dpt kami lakukan, Aishah tengok abg pergi sampai hilang flight abg dari pandangan Aishah.. Aishah terduduk sendirian di tepi pintu, Hanya Allah yang tahu kesedihan Aishah masa tu... But i'm hepi dgn rs sedih yang membahagiakan ini. 



No comments: