Saturday, 24 March 2012

Saujana - Jika Terakhir Buatku

Anugerah Kejayaan Anak-anak Buat Mak & Abah

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan SPM 2011 telah pun diumumkan. Ada yang bersuka ria dengan keputusan yang dicapai, dan ada juga yang berduka. Walau bagaimanpun, ku harapkan setiap insan bersyukur dengan apa sekali pun keputusan tersebut. Allah telah menetapkan keputusan SPM tersebut adalah terbaik untuk setiap insan kerana setiap insan ada jalan hidupnya tersendiri.


Tahniah kepada adik ku Muhamad Khairil, walaupun sering mendatangkan kemarahan setiap ahli keluargaku di atas kedegilan ko tetapi ko telah tunjukkan pada semua orang degil bukan penghalang kejayaan. Ko telah berikan mak abah senyum di atas keputusan yang agak bagus dalam SPM tetapi mencabar aku sebab ko dapat jauh lebih baik dari SPM aku dulu. InsyaAllah masa depan ko juga akan cerah seperti adik beradik yang lain walaupun ko ni degil x dgr kate aku.


Walaupun abah belajar setakat STPM dan mak SPM sahaja, namun Alhamdulillah abg aku yang sulung telah graduate UTM peringkat degree dan master. Sekarang dah jadi pensyarah kat koleh komuniti Jerantut and dah kawen dgn kak zu seorang guru di SMK Seri Tasik, K.L dan telah dikurniakan 2 orang anak yang comel. . Kak Ita pulak dah graduate peringkat degree di UUM sekarang  n dah jadi cikgu pun dan kawen dengan Engineer iaitu abg Salam. K.ainul plak bakal menghabiskan master di UTM dan kawen dengan abg Zul Pengurus tapak pembinaan kat K.L telah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan bakal lahirkan seorang lagi hujung bulan mac 2012 ni.. K.nurul pun sama baru jer habis degree kawen dengan abg ikhwan n terus j dapat jadi Ustazah dekat sekolah yang berhampiran jer dgn rumah aku.


Tahun lepas, 2011 kamil adik bongsuku yang paling manja sekali dgn mak aku berjaya memecahkan rekod adik beradik dapat 5A dalam UPSR. Sekarang Kamil sambung belajar kat MRSM di Perak. Semoga die menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti tanpa melupakan agama dan mak abah yang telah banyak berkorban utk die. Semoga dikuatkan semangatnya di saat die jauh dari kami sekeluarga. Kamil patut tahu, walaupun dah ade Adam, Alif dan Akif serta siapa sahaja yang bakal lahir, Kamil tetap kami sayang..


InsyaAllah bulan 6 ini aku akan menghabiskan study aku kat UniSZA ni. tapi sekarang aku masih dalam dilema nak sambung lagi ke peringkat master, atau nak kerja dulu. Masalah aku adalah cinta atau pun cita-cita. Kalau aku memilih sambung belajar lagi, masih lambatlah masa aku perlu tunggu untuk menjalinkan ikatan yang sah dengan orang yang aku sayang sekarang. Kalau aku pilih kerja, aku dah abaikan cita-cita aku untuk menjadi pencinta ilmu tanpa henti.


Saat-saat macam ni aku sangat mengharapkan petunjuk dari Allah. Aku menharapkan Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk diri ku yang sering alpa dan leka ini. Kalau aku kerja, aku nak kerja apa?? senang ke nak dapat kerja sekarang ini? of cos la soalan tu jawapannye semua org tahu skrg. Tapi kalau aku nak sambung belajar aku tahu 3 tempat sasaranku untuk melanjutkan bidang sains sosial ni iaitu di UKM, USM & UM.


InsyaAllah ade lagi masa untuk aku buat pilihan yang terbaik buat diriku, mak dan abah serta insan2 kesayanganku. Janji Allah itu pasti " Allah takkan mengubah nasib aku selagi aku tak berubah"..TQ utk semua orang yang sentiasa ada di sisi diri ini dalam susah mahupun senang, dalam suka mahupun duka, dalam senyum mahupun sakit. Love U All So Much!