Friday, 7 June 2013

PEMIKIRAN EMILE DURKHEIM DALAM KONTEKS TEORI FUNGSIONAL

Pemikiran Emile Durkheim dalam konteks teori fungsional
Emile Durkheim (1858-1917), sosiologi Perancis yang pemikiranya sangat dipengaruhi oleh Auguste Comte, merupakan sosiologi yang sangat memperlihatkan  pendekatan ilmiah dalam memahami fenomena sosial. Teorinya berasal dari pemahaman bahawa kelompok manusia memiliki sifat yang lebih  atau sama dengan jumlah dari sifat-sifat individual yang menyusun kelompok tersebut. Dari sini ia menerangkan pelbagai  keadaan  sistem sosial yang  seimbang oleh kerana adanya nilai-nilai yang dipegang bersama oleh individu, seperti nilai moral dan agama. Inilah yang mengikat individu dalam kelompok masyarakat. Rosaknya nilai-nilai ini bererti rosaknya keseimbangan sosial melalui ketidaksamaan sosial pada individu-individu masyarakatnya contohnya bunuh diri. Menurut Durkheim, orang bunuh diri kerana merasakan dirinya tidak diperlukan oleh masyarakat.
 Beliau juga tokoh yang cuba membezakan ilmu sosiologi daripada psikologi dan biologi. Menghasilkn buku ‘The Division of  Labour in Society’ yang menumpukan kepada pembahagian kerja dalam masyarakat. Beliau berpendapat bahawa dalam semua masyarakat terdapat beberapa aktiviti yang dianggap lebih penting daripada aktiviti lain, dengan bertujuan untuk mencapai pembangunan. Menerusi buku ini juga beliau satu reaksi terhadap pandangan bahawa masyarakat industri moden cukup didasarkan kepada perjanjian kontrak antara individu yang didorong oleh kepentingan diri sediri tanpa di dahului oleh kesepakatan. Oleh itu beliau telah memperkenalkan konsep ‘organik solidariti’ dan ‘mekanikal solidariti’.
Beliau juga berpendapat tentang cara bagaimana individu dalam masyarakat dihubungkan oleh minat yang sama dan kelompok yang sama. Menurutnya penyatuan ahli-ahli masyarakat berdasarkan dua perkara iaitu persamaan dan perbezaan. Berdasarkan persamaan dikenali sebagai perpaduan mekanik ( hubungan rapat ) seperti saudara mara, sahabat, rakan sekerja dan lain-lain. Berdasarkan perbezaan pula adalah yang saling melengkapi seperti dalam organisasi sekolah, tentera, industri dan kerajaan. Ia juga dikenali sebagai perpaduan organik dimana setiap ahli masyarakatnya mempunyai peranan tertentu bagi melicinkan pergerakan masyarakat.
Beliau telah mencetuskan dua konsep iaitu mekanik solidariti dan organik solidariti. Mekanik solidariti membawa maksud  membentuk hubungan sosial dalam masyarakat pra industri yang kecil berdasarkan persepsi bahawa individu di dalamnya adalah sama dan hidup bersama. Terdiri daripada saudara mara yang tinggal bersama di kawasan dalam jangka masa yang lama dan diasaskan oleh norma, nilai,  dan kepercayaan yang sama contohnya masyarakat orang asli dan petani. Beliau juga menekankan bahawa masyarakat dilambangkan oleh perpaduan dan persefahaman mereka. Dari segi hubungan sosial ia lebih memperlihatkan hubungan bersifat primery iaitu hubungan  yang rapat dan bersemuka. Perhubungan bentuk ini adalah lebih intim secara tradisi dan mempunyai matlamat yang sama.
  Organik solidariti pula membawa maksud hubungan sosial dalam masyarakat perindustrian berdasarkan saling pergantungan antara individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengkhususan. Hubungan-hubungan sosial yang wujud pula adalah khusus dan impersonal. Ini bermakna interaksi dikalangan anggota adalah individualistik dan saling tidak percaya. Oleh itu anggota-anggotanya saling bersaingan antara satu sama lain dan persaingan ini adalah untuk kepentingan sendiri. Interaksi dan tanggunjawab adalah berdsarkan perjanjian. Ini bermakna hubungan sosial yang wujud adalah bersifat sekular. Ini menjadikan anggota-anggotanya sentiasa bersaing dan menjadikan mereka lebih bersifat individulistik. 
 Teori fungsional ini tercetus daripada idea Auguste Comte, Herbert Spencer, dan Emile Durkheim. Teori mengibaratkan masyarakat itu sebagai satu organisma yang boleh menyara dirinya dan mengekalkan keseimbangannya apabila menghadapi alam persekitaran yang mengugat. Untuk memastikan agar masyarakat itu terus wujud, proses sosial yang pelbagai mestilah bercantum untuk memenuhi kehendak-kehendak sistem tersebut. Perspektif fungsional memberi penekanan tentang bagaimana setiap institusi itu dapat memberi sumbangan bagi mengekalkan ikatan yang berpanjangan dalam masyarakat. Masyarakat adalah suatu sistem yang stabil, tersusun rapi, dan setiap anggotanya bersetuju tentang nilai-nilai asas yang dipegang bersama contohnya fungsi keluarga ialah dengan membuat kawalan tentang tingkahlaku anak-anak demi kestabilan masyarakat.
Di samping itu juga sistem sosial masyarakat akan berada dalam keadaan seimbang terhadap perkembangan atau perubahan yang berlaku secara beransur-ansur dalam sesebuah masyarakat itu. Masyarakat wujud dengan bergantung kepada ideologi anggotanya seperti nilai-nilai bersama dan minat. Masyarakat juga boleh difahami dengan melihat kefungsiannya. Perspektif ini telah membuat kita lebih sensitif terhadap berbagai fungsi penting yang menyumbang ke arah  kehidupan sosial yang berterusan. Contohnya Durkheim telah menerangkan kesesuaian upacara awam sebagai sesuatu yang boleh meningkatkan solidariti sosial.
Persoalan pokok yang umumnya dikemukakan oleh teori ini ialah bagaimana masyarakat memenuhi kehendak-kehendaknya. Seterusnya fungsi-fungsi ini akan turut membantu mengekalan struktur dan keseimbangan masyarakat tersebut. Fungsi itu dikatakan berbentuk manifest apabila diketahui umum dan berbentuk latent apabila tiada siapa yang tahu tentang peranannya yang sebenarnya di dalam sistem tersebut.
Fungsionalis juga melihat perubahan yang berlaku perubahan dalam sesuatu sistem sosial sebagai tindakan atau respon terhadap perubahan yang berlaku kepada alam persekitaran. Untuk dapat tinggal di alam persekitaran yang sama, sistem harus berubah. Biasanya perubahan itu adalah dalam bentuk perbezaan fungsi. Satu kompenen struktur akan berpecah dua dan mewujudkan dua kompenan yang mempunyai fungsi-fungsi  khusus yang lebih cekap lagi dari kompenan yang asal. Comtohnya boleh dilihat dalam sistem pembahagian kerja.     
Pada umumnya teori ini baik kerana ia memandang masyarakat keseluruhannya dan dalam mengenal pasti struktur, fungsi bagi sesuatu bahagian masyarakat dan juga gelagat mereka. Teori fungsional banyak dipengaruhi oleh bidang biologi. Masyarakat dianggap sebagai organisma yang hidup seperti organ-organ yang saling bergantung antara satu sama lain. Setiap bahagian dalam masyarakat dibandingkan dengan organ-organ yang ada dalam tubuh manusia. Teori ini memberi penekanan dalam aspek masyarakat dan hubung kaitnya antara institusi dan bukannya dari segi individu atau kelompok. Teori fungsional ini sebenarnya berhubung rapat dengan fungsi. Ini dapat dilihat apabila semua organisasi mempunyai struktur iaitu terbahagi kepada beberapa bahagian yang berkaitan. Setiap bahagian ini mempunyai fungsinya tersendiri dalam struktur organisasi tersebut.  
Pada gambar di atas kita lihat bahawa bentuk piramid tersebut disusun secara teratur oleh unsur-unsur yang ada dalam masyarakat. Baik unsur  yang di atas mahupun unsur yang di bawah memiliki peranan dalam membentuk piramid. Bila satu unsur diambil maka bentuk piramid tersebut menjadi berubah, dan tidak akan kukuh. Seperti itulah keadaan masyarakat menurut
perspektif ini.
Perspektif ini memandang masyarakat sebagai suatu jaringan kelompok yang bekerja sama secara berorganisasi. Jaringan kelompok tersebut bekerja dalam suatu cara yang relatif teratur berdasarkan aturan dan nilai yang dipegang bersama oleh sebahagian masyarakat. Jaringan tersebut membentuk masyarakat sebagai suatu sistem yang stabil. Orientasi dari setiap sistem dalam masyarakat adalah ke arah keseimbangan. 
Setiap komponen masyarakat memiliki hasrat untuk menjaga keseimbangan ini, dengan cara sistem kerja yang selaras, profesional dan seimbang. (Soeprapto, 2002). Untuk mencapai sistem kerja tersebut maka setiap kelompok dalam masyarakat akan melaksanakan tugas tertentu secara bersama-sama. Tugas tersebut merupakan gambaran dari apa yang disebut sebagai fungsional. Perubahan sosial yang terjadi akan mengganggu kestabilan dalam masyarakat, namun perubahan tersebut akan kembali kepada keseimbangan. Kajian mengenai perspektif struktural fungsional ini sangat bermanfaat bagi analisis mengenai perubahan-perubahan yang terjadi dalam masyarakat. Secara praktiknya teori ini digunakan oleh tokoh politik dengan melihat apa yang sebenarnya terjadi dalam masyarakat. (Soeprapto,2002).

Bagaimana perspektif ini menjelaskan mengenai masyarakat, individu, dan perubahan sosial. Sullivan (2004) menjelaskan, bahawa masyarakat merupakan suatu sistem di mana unsur-unsurnya saling bergantung dan berhubungan. Perspektif ini tidak terlalu memperhatikan kebendaan individu. Di sini, individu dibentuk oleh masyarakat, dan ini merupakan fungsi penting yang harus dilakukan oleh masyarakat. Sedangkan perubahan sosial, menurut perspektif ini, akan mendapat perbezaan dari sistem sosial yang ada dalam masyarakat. Penjelasan perspektif struktural fungsional menitik beratkan pada konsep-konsep integrasi, saling kebergantungan, kestabilan, dan equilibrium atau titik keseimbangan.
Secara aplikasinya dalam kehidupan masa kini dapat dilihat dalam masalah kenakalan remaja. Perspektif ini akan menjelaskan munculnya kenakalan remaja sebagai kesan dari tidak ber fungsinya institui sosial dalam masyarakat. Institusi yang dimaksud di antaranya adalah institusi keluarga dan institusi pendidikan. Kedua, institusi ini merupakan institusi yang secara langsung membentuk keperibadian individu. Pemerintah dalam hal ini harus melihat bagaimana sistem pendidikan dilaksanakan dalam masyarakat kita. Adakah mahasiswa menjalankan peranannya bersesuaian dengan norma yang telah ditetapkan. Selain itu, harus dilihat latar belakang keluarga anak-anak yang bermasalah, adakah mereka berasal dari keluarga bahagia atau keluarga yang bermasalah. Lalu bagaimana kefungsian agama di dalam keluarga itu dapat diterapkan atau diabaikan dan bagaimana kawalan sosial itu berlaku.
Penjelasan perspektif ini, tidak menyentuh sama sekali terhadap individu,malahan ia membuat permasalahan dalam suatu masyarakat. Di sini yang perlu diperbaiki adalah sistem sosial di mana remaja itu mendapat pendidikan seperti keluarga dan sekolah. Hal ini kerana individu dibentuk oleh masyarakat. Maka apabila terjadi kesalahan perilaku individu, yang harus diperbaiki adalah unsur dalam masyarakat yang membentuk individu tersebut.
Kesimpulanya, masyarakat merupakan suatu sistem di mana unsur-unsur saling bergantungan dan berhubungan antara satu sama lain. Penjelasan perspektif fungsional ini menitik beratkan pada konsep-konsep  saling bergantungan, integrasi dan  titik  keseimbangan. Bagi perspektif ini individu dibentuk oleh masyarakat . Ianya mrupakan fungsi penting yang harus dilaksanakan masyarakat. Perspektif ini juga menerangkan apabila faktor luaran atau dalaman dalam masyarakat menganggu keseimbangan institusi masyarakat maka akan berlaku perubahan dengan pembentukan institusi lain dalam proses penyesuaian bagi menghadapi keadaan ketidak seimbangan dan meyelaraskan kestabilan. 
 
 Rujukan

1.      Evan Pritchard, Teori Antropologi Sosial, 1982.
2.      Koentjaraningrat, sejarah antropologi 1, 1980, Universitas Indonesia.
3.      Norazit Selat, Konsep Asas Antropologi, 1989, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4.      Prof. Madya Dr.Abdullah Taib, Asas-asas  Antropologi, 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka. 
5.      Rohana Yusof, Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka.