Monday, 2 April 2012

Lawatan Ilmiah Yang Terakhir.

Sedar tak sedar hanya 2 bulan sahaja lagi masa yang tinggal untuk aku bersama-sama rakan seperjuangan ku di UniSZA. Lawatan ilmiah kami ke Shah Alam dan juga Putrajaya pada 29 hingga 31 mac merupakan destinasi terakhir kami bersama-sama dalam mendapatkan maklumat dan ilmu yang bermanfaat. Teringat aku di dalam bas mereka menyanyikan lagu salam terakhir yang sangat menyentuh hati kami semua ketika itu. Aku berasa sangat bahagia sepanjang perjalanan pergi dan balik ke sana. Sebelum2 ini aku tak rasa gembiranya seperti perjalanan kami kali ini  walaupun kami telah pergi ke tempat-tempat yang lebih jauh.








Inilah sebahagian daripada keluarga Bachelor Of Sosial Sciences Batch 3. Ni pun ramai lagi yang xd, ade yang x turut serta dalam lawatan ilmiah ni, dan ade jugak yang dah sleeping beauty kepenatan tido dalam bas n xnak turun bergambar dah. Walaupun kitorg x bape pandai posing2 nak bergambar ni, tapi aku seronok tengok semua orang senyum n gelak ketawa jer malam ni. Aku dapat rasakan yang diorang semua pun seronok jugak sepanjang perjalanan ni.


And the last, aku harap semua orang lebih semangat menyiapkan tesis yang hanya ada masa dua bulan sahaja lagi ni. I know me n all of them can do it the best. Aku harap tiada sape yang akan mengulang sem 8 ni, and kitorg semua dapat konvo sama-sama...InsyaAllah...