Pemikiran Emile Durkheim dalam konteks teori
fungsional
Emile Durkheim (1858-1917), sosiologi Perancis yang pemikiranya
sangat dipengaruhi oleh Auguste Comte, merupakan sosiologi yang sangat
memperlihatkan pendekatan ilmiah dalam
memahami fenomena sosial. Teorinya berasal dari pemahaman bahawa kelompok
manusia memiliki sifat yang lebih atau
sama dengan jumlah dari sifat-sifat individual yang menyusun kelompok tersebut.
Dari sini ia menerangkan pelbagai
keadaan sistem sosial yang seimbang oleh kerana adanya nilai-nilai yang
dipegang bersama oleh individu, seperti nilai moral dan agama. Inilah yang
mengikat individu dalam kelompok masyarakat. Rosaknya nilai-nilai ini bererti
rosaknya keseimbangan sosial melalui ketidaksamaan sosial pada individu-individu
masyarakatnya contohnya bunuh diri. Menurut Durkheim, orang bunuh diri kerana
merasakan dirinya tidak diperlukan oleh masyarakat.
Beliau juga
tokoh yang cuba membezakan ilmu sosiologi daripada psikologi dan biologi.
Menghasilkn buku ‘The Division of Labour in Society’ yang menumpukan kepada
pembahagian kerja dalam masyarakat. Beliau berpendapat bahawa dalam semua
masyarakat terdapat beberapa aktiviti yang dianggap lebih penting daripada
aktiviti lain, dengan bertujuan untuk mencapai pembangunan. Menerusi buku ini
juga beliau satu reaksi terhadap pandangan bahawa masyarakat industri moden
cukup didasarkan kepada perjanjian kontrak antara individu yang didorong oleh
kepentingan diri sediri tanpa di dahului oleh kesepakatan. Oleh itu beliau
telah memperkenalkan konsep ‘organik solidariti’ dan ‘mekanikal solidariti’.
Beliau juga berpendapat tentang cara bagaimana
individu dalam masyarakat dihubungkan oleh minat yang sama dan kelompok yang
sama. Menurutnya penyatuan ahli-ahli masyarakat berdasarkan dua perkara iaitu
persamaan dan perbezaan. Berdasarkan persamaan dikenali sebagai perpaduan
mekanik ( hubungan rapat ) seperti saudara mara, sahabat, rakan sekerja dan
lain-lain. Berdasarkan perbezaan pula adalah yang saling melengkapi seperti
dalam organisasi sekolah, tentera, industri dan kerajaan. Ia juga dikenali
sebagai perpaduan organik dimana setiap ahli masyarakatnya mempunyai peranan
tertentu bagi melicinkan pergerakan masyarakat.
Beliau telah mencetuskan dua konsep iaitu mekanik
solidariti dan organik solidariti. Mekanik solidariti membawa maksud membentuk hubungan sosial dalam masyarakat
pra industri yang kecil berdasarkan persepsi bahawa individu di dalamnya adalah
sama dan hidup bersama. Terdiri daripada saudara mara yang tinggal bersama di kawasan
dalam jangka masa yang lama dan diasaskan oleh norma, nilai, dan kepercayaan yang sama contohnya masyarakat
orang asli dan petani. Beliau juga menekankan bahawa masyarakat dilambangkan
oleh perpaduan dan persefahaman mereka. Dari segi hubungan sosial ia lebih memperlihatkan
hubungan bersifat primery iaitu hubungan
yang rapat dan bersemuka. Perhubungan bentuk ini adalah lebih intim
secara tradisi dan mempunyai matlamat yang sama.
Organik solidariti pula membawa maksud
hubungan sosial dalam masyarakat perindustrian berdasarkan saling pergantungan
antara individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengkhususan.
Hubungan-hubungan sosial yang wujud pula adalah khusus dan impersonal. Ini
bermakna interaksi dikalangan anggota adalah individualistik dan saling tidak percaya.
Oleh itu anggota-anggotanya saling bersaingan antara satu sama lain dan
persaingan ini adalah untuk kepentingan sendiri. Interaksi dan tanggunjawab
adalah berdsarkan perjanjian. Ini bermakna hubungan sosial yang wujud adalah
bersifat sekular. Ini menjadikan anggota-anggotanya sentiasa bersaing dan
menjadikan mereka lebih bersifat individulistik.
Teori
fungsional ini tercetus daripada idea Auguste Comte, Herbert Spencer, dan Emile
Durkheim. Teori mengibaratkan masyarakat itu sebagai satu organisma yang boleh
menyara dirinya dan mengekalkan keseimbangannya apabila menghadapi alam
persekitaran yang mengugat. Untuk memastikan agar masyarakat itu terus wujud,
proses sosial yang pelbagai mestilah bercantum untuk memenuhi kehendak-kehendak
sistem tersebut. Perspektif fungsional memberi penekanan tentang bagaimana
setiap institusi itu dapat memberi sumbangan bagi mengekalkan ikatan yang
berpanjangan dalam masyarakat. Masyarakat adalah suatu sistem yang stabil,
tersusun rapi, dan setiap anggotanya bersetuju tentang nilai-nilai asas yang
dipegang bersama contohnya fungsi keluarga ialah dengan membuat kawalan tentang
tingkahlaku anak-anak demi kestabilan masyarakat.
Di samping itu juga sistem sosial masyarakat akan
berada dalam keadaan seimbang terhadap perkembangan atau perubahan yang berlaku
secara beransur-ansur dalam sesebuah masyarakat itu. Masyarakat wujud dengan
bergantung kepada ideologi anggotanya seperti nilai-nilai bersama dan minat.
Masyarakat juga boleh difahami dengan melihat kefungsiannya. Perspektif ini
telah membuat kita lebih sensitif terhadap berbagai fungsi penting yang
menyumbang ke arah kehidupan sosial yang
berterusan. Contohnya Durkheim telah menerangkan kesesuaian upacara awam
sebagai sesuatu yang boleh meningkatkan solidariti sosial.
Persoalan pokok yang umumnya dikemukakan oleh teori
ini ialah bagaimana masyarakat memenuhi kehendak-kehendaknya. Seterusnya
fungsi-fungsi ini akan turut membantu mengekalan struktur dan keseimbangan
masyarakat tersebut. Fungsi itu dikatakan berbentuk manifest apabila diketahui
umum dan berbentuk latent apabila tiada siapa yang tahu tentang peranannya yang
sebenarnya di dalam sistem tersebut.
Fungsionalis juga melihat perubahan yang berlaku
perubahan dalam sesuatu sistem sosial sebagai tindakan atau respon terhadap
perubahan yang berlaku kepada alam persekitaran. Untuk dapat tinggal di alam
persekitaran yang sama, sistem harus berubah. Biasanya perubahan itu adalah
dalam bentuk perbezaan fungsi. Satu kompenen struktur akan berpecah dua dan
mewujudkan dua kompenan yang mempunyai fungsi-fungsi khusus yang lebih cekap lagi dari kompenan
yang asal. Comtohnya boleh dilihat dalam sistem pembahagian kerja.
Pada umumnya teori ini baik kerana ia memandang
masyarakat keseluruhannya dan dalam mengenal pasti struktur, fungsi bagi
sesuatu bahagian masyarakat dan juga gelagat mereka. Teori fungsional banyak
dipengaruhi oleh bidang biologi. Masyarakat dianggap sebagai organisma yang
hidup seperti organ-organ yang saling bergantung antara satu sama lain. Setiap
bahagian dalam masyarakat dibandingkan dengan organ-organ yang ada dalam tubuh
manusia. Teori ini memberi penekanan dalam aspek masyarakat dan hubung kaitnya
antara institusi dan bukannya dari segi individu atau kelompok. Teori
fungsional ini sebenarnya berhubung rapat dengan fungsi. Ini dapat dilihat
apabila semua organisasi mempunyai struktur iaitu terbahagi kepada beberapa
bahagian yang berkaitan. Setiap bahagian ini mempunyai fungsinya tersendiri dalam
struktur organisasi tersebut.
Pada gambar di atas kita lihat bahawa
bentuk piramid tersebut disusun secara teratur oleh unsur-unsur yang ada dalam
masyarakat. Baik unsur yang di atas
mahupun unsur yang di bawah memiliki peranan dalam membentuk piramid. Bila satu
unsur diambil maka bentuk piramid tersebut menjadi berubah, dan tidak akan
kukuh. Seperti itulah keadaan masyarakat menurut
perspektif
ini.
Perspektif ini memandang masyarakat
sebagai suatu jaringan kelompok yang bekerja sama secara berorganisasi.
Jaringan kelompok tersebut bekerja dalam suatu cara yang relatif teratur
berdasarkan aturan dan nilai yang dipegang bersama oleh sebahagian masyarakat.
Jaringan tersebut membentuk masyarakat sebagai suatu sistem yang stabil.
Orientasi dari setiap sistem dalam masyarakat adalah ke arah keseimbangan.
Setiap komponen masyarakat memiliki
hasrat untuk menjaga keseimbangan ini, dengan cara sistem kerja yang selaras,
profesional dan seimbang. (Soeprapto, 2002). Untuk mencapai sistem kerja
tersebut maka setiap kelompok dalam masyarakat akan melaksanakan tugas tertentu
secara bersama-sama. Tugas tersebut merupakan gambaran dari apa yang disebut
sebagai fungsional. Perubahan sosial yang terjadi akan mengganggu kestabilan
dalam masyarakat, namun perubahan tersebut akan kembali kepada keseimbangan.
Kajian mengenai perspektif struktural fungsional ini sangat bermanfaat bagi
analisis mengenai perubahan-perubahan yang terjadi dalam masyarakat. Secara
praktiknya teori ini digunakan oleh tokoh politik dengan melihat apa yang sebenarnya
terjadi dalam masyarakat. (Soeprapto,2002).
Bagaimana perspektif ini menjelaskan
mengenai masyarakat, individu, dan perubahan sosial. Sullivan (2004)
menjelaskan, bahawa masyarakat merupakan suatu sistem di mana unsur-unsurnya
saling bergantung dan berhubungan. Perspektif ini tidak terlalu memperhatikan
kebendaan individu. Di sini, individu dibentuk oleh masyarakat, dan ini
merupakan fungsi penting yang harus dilakukan oleh masyarakat. Sedangkan
perubahan sosial, menurut perspektif ini, akan mendapat perbezaan dari sistem
sosial yang ada dalam masyarakat. Penjelasan perspektif struktural fungsional menitik
beratkan pada konsep-konsep integrasi, saling kebergantungan, kestabilan, dan equilibrium
atau titik keseimbangan.
Secara aplikasinya dalam kehidupan masa
kini dapat dilihat dalam masalah kenakalan remaja. Perspektif ini akan
menjelaskan munculnya kenakalan remaja sebagai kesan dari tidak ber fungsinya
institui sosial dalam masyarakat. Institusi yang dimaksud di antaranya adalah institusi
keluarga dan institusi pendidikan. Kedua, institusi ini merupakan institusi
yang secara langsung membentuk keperibadian individu. Pemerintah dalam hal ini
harus melihat bagaimana sistem pendidikan dilaksanakan dalam masyarakat kita. Adakah
mahasiswa menjalankan peranannya bersesuaian dengan norma yang telah ditetapkan.
Selain itu, harus dilihat latar belakang keluarga anak-anak yang bermasalah,
adakah mereka berasal dari keluarga bahagia atau keluarga yang bermasalah. Lalu
bagaimana kefungsian agama di dalam keluarga itu dapat diterapkan atau
diabaikan dan bagaimana kawalan sosial itu berlaku.
Penjelasan perspektif ini, tidak
menyentuh sama sekali terhadap individu,malahan ia membuat permasalahan dalam
suatu masyarakat. Di sini yang perlu diperbaiki adalah sistem sosial di mana
remaja itu mendapat pendidikan seperti keluarga dan sekolah. Hal ini kerana individu
dibentuk oleh masyarakat. Maka apabila terjadi kesalahan perilaku individu, yang
harus diperbaiki adalah unsur dalam masyarakat yang membentuk individu tersebut.
Kesimpulanya,
masyarakat merupakan suatu sistem di mana unsur-unsur
saling bergantungan dan berhubungan antara satu sama lain. Penjelasan
perspektif fungsional ini menitik beratkan pada konsep-konsep saling bergantungan, integrasi dan titik keseimbangan. Bagi perspektif ini individu
dibentuk oleh masyarakat . Ianya mrupakan fungsi penting yang harus
dilaksanakan masyarakat. Perspektif ini juga menerangkan apabila faktor luaran
atau dalaman dalam masyarakat menganggu keseimbangan institusi masyarakat maka
akan berlaku perubahan dengan pembentukan institusi lain dalam proses
penyesuaian bagi menghadapi keadaan ketidak seimbangan dan meyelaraskan
kestabilan.
Rujukan
1.
Evan
Pritchard, Teori Antropologi Sosial, 1982.
2.
Koentjaraningrat,
sejarah antropologi 1, 1980, Universitas Indonesia.
3.
Norazit
Selat, Konsep Asas Antropologi, 1989, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4.
Prof.
Madya Dr.Abdullah Taib, Asas-asas
Antropologi, 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka.
5.
Rohana
Yusof, Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, 2006, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment