Wednesday, 28 December 2011

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Tuesday, 27 December 2011

Bila Diri Diuji...

Bila Allah Menduga Kita, bagi sesiapa yang sedang menghadapi dugaan, cubaan dan cabaran.
Percaya dan yakinlah, apapun ujian yang mendatang, apapun dugaan dan nikmat yang Allah berikan, Allah sangat sayangkan hambanya. =) Alhamdulillah. =) Tidak sekalipun Dia meninggalkan hambaNya keseorangan. Semoga perkara yang berlalu menjadi pengajaran berharga buat diri. Semoga segala keluh kesah tiada lagi selepas ini. Aku cuba Hadapi hidup dengan lebih tabah! ;) insyaAllah.
Jangan Menangis bila diri diuji... La tahzan, InnAllaha ma'ana..InnaAllaha Ma'aSobirin..
Senyumlah, Apa pun masalah kita ia pasti akan berlalu, akan jadi kenangan, akan jadi kisah silam, akan jadi pedoman buat kita untuk masa hadapan..
Percayalah wahai Diri...Ada Rahsia Disebalik Dugaan Allah...
Sesiapa Yang Berbaik Sangka Dengan Penguasa A'rasy Dia Akan Memetik Manisnya Buah Yang Dipetik Ditengah-tengah Pohon Yang Berduri..
Kerana Takdir Itu Mengatasi Tadbir
Tadbir Dari Manusia Yang Lemah
Takdir Dari Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saturday, 17 December 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak





Bahan-Bahan utama:
Satu ekor ikin patin (patin sangkar)
(ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
20 biji cili api (ditumbuk halus)

2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)
Cara-cara:
ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukakn garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.
sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi mak koi ajor....Dap Erhhh....




JANGAN LUPA MASAK UNTUK BUAH HATI LAU DATANG RUMAH....




Ya Allah Jangan Biarkan Diriku Mengharap Selain Dari Engkau...



Murah Rezekiku KeranaMu, Dipermudahkan Urusanku KeranaMu...Marilah Tunaikan Solat Sunat Dhuha
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Monday, 5 December 2011

Moh Ketawe Sikit *-*

Part 1
Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che'gu

Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu

Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..
Part 2
Seorang anak melihat/memeriksa tapak kaki ayahnya yang sedang membaca surat khabar..

Ayah: Eh apa kamu buat ni?

Anak: Cikgu cakap Syurga di bawah telapak kaki ibu...

Ayah: Habis tu?
Anak: Neraka mesti di bawah telapak kaki ayah kan?

Ayah: sblom kaki neraka ni hinggap kt muke ko.baek ko belah!

Part 3
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.

Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?

Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!

Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!

Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

Part 4
Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..

Doktor : "Anda harus dibedah!"

Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"

Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."
Pesakit : "Apa???!!!"

Doktor : "Anda jangan takut."

Pesakit : "Kenapa?"

Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."

Thursday, 29 September 2011

Ya Allah, Ku Tak Mahu Sendiri





Aku tak sendiri jika dibandingkan seekor burung yang sesat dan mencari-cari ibunya. Aku masih mempunyai seorang ibu dan seorang bapa. Walaupun kini kami berjauhan kerana akuperlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu, namun hati ku sentiasa terusik bila mengingati mereka di kediaman kami sekeluarga. Aku tahu makan pakai mereka cukup...aku tahu mereka masih mampu menjalankan kehidupan sehari2 tanpa bantuan sesiapa...tapi aku tidak tahu...ADAKAH PERASAAN MEREKA TERJAGA DI SANA??? ADAKAH INSAN2 YANG CUBA MENGGURIS HATI MEREKA??? YA Allah, berilah kebahagiaan kepada kedua orang tuaku di dunia dan akhirat kelak... Jadikan aku anak yang solehah, yang dimakbulkan doanya utk mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapaku...semoga mereka bercinta sampai kesyurgaMU..


Setelah semua kakandaku ku diijabkabulkan dengan pilihan hati masing-masing, hati ku sangat pilu pada hakikatnya kerana aku kehilangan kawan2 utk bergurau dirumah itu, kawan2 utk bermanja, bergaduh, bertengkar, bergelak ketawa seperti dahulu... sengaja ku lindungi kepiluan hati bila termaktubnya kini hanya aku anak gadis mak abah yang masih tidak bertemu pasangan hidup... tapi ku tahu belum masanya..aku akan kembali ke negeri kelahiranku setelah tamat pengajianku Jun 2012, menaburkan bakti dan membalas jasa orang tuaku terlebih dahulu sebelum berakhirnya pencarian cintaku...


Aku tak sendiri...Aku masih punya MAK & ABAH..AKu AKan Setia kepadamu, Ku kan menjaga mu...KU kan selalu disisimu..
Ya Allah, jangan biarkan aku berasa hidup sendirian di muka bumi mu ini... biarlah ada insan2 yang menemaniku untuk meniti hari2 yang penuh mencabar kini.. berilah kebahagiaan dan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang bersamaku...


Hadir "DIA"...tanpaku sedari..menggamit kasih cinta bersemi. Hadir cinta insan pada ku ini. Anugerah kurniaan Ilahi...menarik hatiku untuk mendekatinya, mendamaikan jiwaku yang resah ini.. Tapi ku tak pasti rencana Ilahi.. Apakah dia kan ku miliki..Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu...Ya Allah, Engkaulah tempat ku bergantung harapanku, ku harap diriku sentiasa di bawah rahmatMu...