Thursday, 7 June 2012

Perhentian Island, I'm In Love.




Pulau Perhentian adalah pulau yang sangat cantik. Pada penilaian aku, dari segi pemandangan Pulau Perhentian lebih cantik berbanding pulau Redang. Tapi Pulau Perhentian tak banyak ikan, Pulau redang banyak sangat ikan. Tepi2 pantai pun ikan masih main kat kaki aku huhuhu...


2 & 3 Jun 2012 merupakan detik terindah aku bersama family tersayang dan juga buah hati ku di Pulau Perhentian. Andai dapat ku hentikan masa itu, aku ingin sentiasa disamping mereka semua. Aku sudah rs bagai si dia telah menjadi ahli keluarga kami. Aku harapkan dipermudahkan dan dipercepatkan ikatan aku dan die.


Terima Kasih sangan kat die yang banyak susah payah sepanjang menguruskan keluarga ku untuk bercuti. Kelihatan abah dan mak sangat seronok menikmati percutian ini walaupun aku tahu mereka sangat penat sana tiba semula ke kampung ku di tengah lewat malam.


\
Kecerian di atas Bot ke Pulau Perhentian

Sejak dari kenangan tu, aku jadi semakin rapat terutama dengan ipar2 ku. Selain tu, aku juga blh merapatkan hubungan ahli keluarga ku dgn Dia yang aku cintai. Tapi yang sedihnya aku hanya dapat ambk satu j gambar die, itu pun aku curi2 j ambil. 


Inilah orangnya, nampak macam sombong, ckp pun mcm garang, tp hati die baik sangat.

At the End, Alhamdulillah kami semua telah selamat pergi dan selamat pulang semula ke tanah asal hehehe..Salam Percutian, Next Station...Tetttttt   ...;......Xtau lg k mn....


Tuesday, 5 June 2012

Final Exam Yang Terakhir

10/6/2012 (Ahad)
Globalisasi Dan Pembangunan Negara

11/6/2012 (Isnin)
Organisasi Kompleks Dan Pentadbiran Agama Di Malaysia

14/6/2012(Khamis)
Kajian Teks Dan Seminar

HAL MUDAH AKAN TERASA SULIT JIKA KATA PERTAMA ADALAH SULIT DAN HAL SULIT AKAN TERASA MUDAH JIKA KATA PERTAMA ADALAH MUDAH. YAKINLAH SETIAP DIRI KITA MEMPUNYAI KEMAMPUAN DAN KEKUATAN.

Friday, 1 June 2012

Selamat tinggal & Terima kasih


SELAMAT TINGGAL AIR MATA
SELAMAT TINGGAL TANGISAN
SELAMAT TINGGAL PENYESALAN
SELAMAT TINGGAL PENDERITAAN
SELAMAT TINGGAL KEKEJAMAN
SELAMAT TINGGAL BENCI DENDAM
SELAMAT TINGGAL CINTAKU
SELAMAT TINGGAL SAYANGKU
SELAMAT TINGGAL RINDUKU
SELAMAT TINGGAL TERENGGANU
SELAMAT TINGGAL UniSZA
SELAMAT TINGGAL PENSYARAH-PENSYARAH
SELAMAT TINGGAL KAWAN-KAWAN
SELAMAT TINGGAL SAHABAT-SAHABAT
SELAMAT TINGGAL SEMUA



TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMBERI SENYUMAN KEPADA DIRI INI
TERIMA KASIH SEMUA YANG TELAH MENGAJAR ERTI HIDUP INI
TERIMA KASIH SEMUA YANG PERNAH MEMARAHI DIRI INI
TERIMA KASIH SEMUA YANG PERNAH MENEGUR KESILAPANKU INI
TERIMA KASIH SEMUA KERANA MENJADI PENDAMPING DIRI INI

GOOD BYE & THANK U
I LOVE U ALL UNTIL DIE

Monday, 2 April 2012

Lawatan Ilmiah Yang Terakhir.

Sedar tak sedar hanya 2 bulan sahaja lagi masa yang tinggal untuk aku bersama-sama rakan seperjuangan ku di UniSZA. Lawatan ilmiah kami ke Shah Alam dan juga Putrajaya pada 29 hingga 31 mac merupakan destinasi terakhir kami bersama-sama dalam mendapatkan maklumat dan ilmu yang bermanfaat. Teringat aku di dalam bas mereka menyanyikan lagu salam terakhir yang sangat menyentuh hati kami semua ketika itu. Aku berasa sangat bahagia sepanjang perjalanan pergi dan balik ke sana. Sebelum2 ini aku tak rasa gembiranya seperti perjalanan kami kali ini  walaupun kami telah pergi ke tempat-tempat yang lebih jauh.








Inilah sebahagian daripada keluarga Bachelor Of Sosial Sciences Batch 3. Ni pun ramai lagi yang xd, ade yang x turut serta dalam lawatan ilmiah ni, dan ade jugak yang dah sleeping beauty kepenatan tido dalam bas n xnak turun bergambar dah. Walaupun kitorg x bape pandai posing2 nak bergambar ni, tapi aku seronok tengok semua orang senyum n gelak ketawa jer malam ni. Aku dapat rasakan yang diorang semua pun seronok jugak sepanjang perjalanan ni.


And the last, aku harap semua orang lebih semangat menyiapkan tesis yang hanya ada masa dua bulan sahaja lagi ni. I know me n all of them can do it the best. Aku harap tiada sape yang akan mengulang sem 8 ni, and kitorg semua dapat konvo sama-sama...InsyaAllah...

Saturday, 24 March 2012

Saujana - Jika Terakhir Buatku

Anugerah Kejayaan Anak-anak Buat Mak & Abah

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan SPM 2011 telah pun diumumkan. Ada yang bersuka ria dengan keputusan yang dicapai, dan ada juga yang berduka. Walau bagaimanpun, ku harapkan setiap insan bersyukur dengan apa sekali pun keputusan tersebut. Allah telah menetapkan keputusan SPM tersebut adalah terbaik untuk setiap insan kerana setiap insan ada jalan hidupnya tersendiri.


Tahniah kepada adik ku Muhamad Khairil, walaupun sering mendatangkan kemarahan setiap ahli keluargaku di atas kedegilan ko tetapi ko telah tunjukkan pada semua orang degil bukan penghalang kejayaan. Ko telah berikan mak abah senyum di atas keputusan yang agak bagus dalam SPM tetapi mencabar aku sebab ko dapat jauh lebih baik dari SPM aku dulu. InsyaAllah masa depan ko juga akan cerah seperti adik beradik yang lain walaupun ko ni degil x dgr kate aku.


Walaupun abah belajar setakat STPM dan mak SPM sahaja, namun Alhamdulillah abg aku yang sulung telah graduate UTM peringkat degree dan master. Sekarang dah jadi pensyarah kat koleh komuniti Jerantut and dah kawen dgn kak zu seorang guru di SMK Seri Tasik, K.L dan telah dikurniakan 2 orang anak yang comel. . Kak Ita pulak dah graduate peringkat degree di UUM sekarang  n dah jadi cikgu pun dan kawen dengan Engineer iaitu abg Salam. K.ainul plak bakal menghabiskan master di UTM dan kawen dengan abg Zul Pengurus tapak pembinaan kat K.L telah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan bakal lahirkan seorang lagi hujung bulan mac 2012 ni.. K.nurul pun sama baru jer habis degree kawen dengan abg ikhwan n terus j dapat jadi Ustazah dekat sekolah yang berhampiran jer dgn rumah aku.


Tahun lepas, 2011 kamil adik bongsuku yang paling manja sekali dgn mak aku berjaya memecahkan rekod adik beradik dapat 5A dalam UPSR. Sekarang Kamil sambung belajar kat MRSM di Perak. Semoga die menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti tanpa melupakan agama dan mak abah yang telah banyak berkorban utk die. Semoga dikuatkan semangatnya di saat die jauh dari kami sekeluarga. Kamil patut tahu, walaupun dah ade Adam, Alif dan Akif serta siapa sahaja yang bakal lahir, Kamil tetap kami sayang..


InsyaAllah bulan 6 ini aku akan menghabiskan study aku kat UniSZA ni. tapi sekarang aku masih dalam dilema nak sambung lagi ke peringkat master, atau nak kerja dulu. Masalah aku adalah cinta atau pun cita-cita. Kalau aku memilih sambung belajar lagi, masih lambatlah masa aku perlu tunggu untuk menjalinkan ikatan yang sah dengan orang yang aku sayang sekarang. Kalau aku pilih kerja, aku dah abaikan cita-cita aku untuk menjadi pencinta ilmu tanpa henti.


Saat-saat macam ni aku sangat mengharapkan petunjuk dari Allah. Aku menharapkan Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk diri ku yang sering alpa dan leka ini. Kalau aku kerja, aku nak kerja apa?? senang ke nak dapat kerja sekarang ini? of cos la soalan tu jawapannye semua org tahu skrg. Tapi kalau aku nak sambung belajar aku tahu 3 tempat sasaranku untuk melanjutkan bidang sains sosial ni iaitu di UKM, USM & UM.


InsyaAllah ade lagi masa untuk aku buat pilihan yang terbaik buat diriku, mak dan abah serta insan2 kesayanganku. Janji Allah itu pasti " Allah takkan mengubah nasib aku selagi aku tak berubah"..TQ utk semua orang yang sentiasa ada di sisi diri ini dalam susah mahupun senang, dalam suka mahupun duka, dalam senyum mahupun sakit. Love U All So Much!



Friday, 9 March 2012

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku betapa lemah diriku ini berat ujian darimu ku pasrahkan semua padaMu
Tuhan baru ku sedar indah nikmat sihat itu tak pandai aku bersyukur kiniku harapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah mengalir berzikir dikidung doaku sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta airmataku teringat semua yang Kau beri untukku ampuni akan salah selama ini ya Ilahi 
Tuhan kuatkan aku lindungi aku dari putus asa jika ku harus mati pertemukan aku denganMu.

Sunday, 26 February 2012

Tatkala hIDUP tErasa DihimPit



Awan hitam datang dan pergi, namun disebaliknya terbit sinar harapan. Selepas hilangnya awan, terpancar cahaya mentari mahupun gemerlapan rembulan. Hari-hari yang mendatang didakap dengan penuh rasa syukur di hati. Tatkala menikmati indahnya sinar mentari di hujung hari, hati berbunga merasakan kesyukuran abadi. jahilnya diri, hinanya jasad ini, daifnya hati yang kau beri ya Ilahi.

Alhamdulillah, hati ini terbuka untuk menyelami 3 buah buku dalam beberapa hari ini, yang memberi kesan dalam hati ini. Semoga bukan sahaja untuk diri, tetapi juga untuk insan-insan yang disayangi. Ya Khaliq, aku turuti apa sahaja takdir mu untuk aku... La Haula wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil A'zim.. Rinduku padaMu semakin menebal..jauhnya diriku kini..Ampuni daku ya Rabbana..Ya Allah, sekiranya aku sedang ditipu, selamatkanlah aku. Sekiranya aku sedang teraniaya, selamatkanlah aku. Sekiranya aku sedang berbuat dosa, selamatkanlah aku. Sekiranya aku tidak menemui jalan keluar dari pendustaan dunia, selamatkanlah aku..setiap detik, setiap saat, aku minta Engkau selamtkanlah aku, Selamatkan daku, Selamatkanlah...




Ketika semua pintu telah terkunci, pintuNya tetap terbuka. Ketika setiap jalan terlihat buntu, jalanNya selalu terbentang.Ketika semua tangan telah terkekang, tanganNya sentiasa terhulur. Ketika semua cinta telah sirna, CintaNya tetap tercurah. Ketika tak seorangpun mampu menolong, Hanya pertolonganNya yang aku harapkan. Ibarat tangan, buku ini menggandingku bergerak bersama menjemput pertolongan Allah. Agar persoalan hidup diberikan jalan keluar olehNya. Janji Allah itu pasti! "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka".



101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada individu berlainan. setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita yang berbeza tetapi tujuan yang sama iaitu menceriakan hidup kita. ramai orang berkongsi penderitaan yangsama. Namun, cara setiap orang menghadapinya berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang atau pernah aku alami. ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap kesusahan akan berakhir dengan kegembiraan seperti yang termaktub dalam surah Al-Insyirah. Kita percaya dan kita berjaya. Cerita dalam buku ini memberi inspirasi untuk hidup aku kini. 



Cinta itu bila hati akan mula berbunga. persekitaran yang tandus segera subur menghija, bunga-bunga menguntumindah menyebarkan haruman segar. Kelesuan berubah menjadi tangkas dan cerdas lagi cergas. Tangisan sayu menjadi manis dan Indah. Rasa lebih dicintai dan mencintai lebih bermakna untuk pemilik cinta abadi, bukan si kumbang, bukan juga romeo dan bukanlah putera dari kayangan...Hanyalah untukMu Ya Zaljalali wal Ikram...

Wednesday, 22 February 2012

Terukir Di Bintang





Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia




Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan… kamu…
Sayangku Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Tuesday, 21 February 2012

Nice To Meet U All



“NILAI PERSAHABATAN TIDAK AKAN CAIR, DI MUSIM PANAS, TIDAK AKAN BEKU WALAU DI MUSIM SEJUK, TIDAK AKAN LURUH DI MUSIM HUJAN, TAPI AKAN SENTIASA MEKAR WALAUPUN BUKAN DI MUSIM BUNGA”… J




Aku sayang korang semua...Penyeri Hidup, Penawar Duka...



Sunday, 29 January 2012

SESAAAT KAU DATANG


Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku
http://liriklagu.biz
Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
I hate to be cold but i got to let you go
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu kepadamu

Tuesday, 10 January 2012

Perjuanganku Belum Selesai...

Alhamdulillah...berakhir sudah perjuangan aku dalam semester 7 yang penuh dengan pahit dan manis. Bermakna sudah 3 setahun setengah aku bermaustatin di bumi Terengganu. Semoga kecemerlangan dalam final exam semester ini akan tetap menjadi milikku. Walau ape pun result ku nanti aku tetap bersyukur kerana aku sudah berusaha dan kini aku hanya bertawakal dengan ketentuanNya. 


Tapi aku x rase happy pun dah habis exam macam sebelum2 ni. Mak aku x sihat kat umah, aku pulak dilema nak wat proposal tesis dulu kat sini ker atau nak balik umah terus. kalau balik umah terus of cos aku tak buat cos bahan2nyer kat ganu ni ha, Sape la suruh aku pilih sal ganu yer..Aku la yang pilih..suke sgt duk ganu gamaknyer..nak jadi org ganu la katekan...ehem, ehem...


Walaupun sem depan ade 3 subjek jer tapi bunyi subjek tu cam mencabar jugak...di tambah pulak beban tesis nanti..nampaknyer aku kena spend much money for next sem cos i need to find 14 informer daripada 7 daerah... Aduhmakyai...nasib aku la nbak sangat tajuk tu...Tapi berkenan jugak aku... 


Siapa-siapa yang ade kenal Penggiat Seni Terengganu roger2 lor kat aku deh.. yang pasti umur kena atas 50 tahun.. kalau baru 24 tahun supervisor aku awal2 dh ingatkan "JANGAN"... pengalaman dorg baru sikit, t takut aku Jatuh C pulak katenyer...hu3.."Penggiat Seni : Sumbangan Mereka Dalam Memartabatkan Kesenian Dan Kebudayaan Rakyat Terengganu" gitu ar bunyi tajuk tesis aku tu..Nnt sambung master aku nak sambung tesis ni lebih kepada kebudayaan setiap negeri plak... setiap negeri meti ade kesenian warisannyer yang tersendiri kan..ermmmmm idea3...datanglah engkau kepada aku inni...


Semoga sem akhir aku kat sini bermula februari sampai jun nanti akan aku titi dengan hari2 yang indah bersama teman-teman seperjuangan yang aku sayangi... semoga dijauhkan daripada sebarang masalah yang menyebabkan aku terkandas atau berputus asa ditengah jalan... Tapi sedih jugak... berakhir perjuangan aku kat sini, aku akan tinggalkan someone special kat ganu ni ha... erm...x yah pikir lagi la yg tu. Kang banjir plak bilik aku ni ha...Tp thanks sgt kat org tu yang dh banyak susahkan diri utk aku. Jasa mu dikenang...Budimu disanjung...


Akhir kate, MAJU LAH GANU UNTUK AKU HUHUHUHUHU......