Awan hitam datang dan pergi, namun disebaliknya terbit sinar harapan. Selepas hilangnya awan, terpancar cahaya mentari mahupun gemerlapan rembulan. Hari-hari yang mendatang didakap dengan penuh rasa syukur di hati. Tatkala menikmati indahnya sinar mentari di hujung hari, hati berbunga merasakan kesyukuran abadi. jahilnya diri, hinanya jasad ini, daifnya hati yang kau beri ya Ilahi.
Alhamdulillah, hati ini terbuka untuk menyelami 3 buah buku dalam beberapa hari ini, yang memberi kesan dalam hati ini. Semoga bukan sahaja untuk diri, tetapi juga untuk insan-insan yang disayangi. Ya Khaliq, aku turuti apa sahaja takdir mu untuk aku... La Haula wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil A'zim.. Rinduku padaMu semakin menebal..jauhnya diriku kini..Ampuni daku ya Rabbana..Ya Allah, sekiranya aku sedang ditipu, selamatkanlah aku. Sekiranya aku sedang teraniaya, selamatkanlah aku. Sekiranya aku sedang berbuat dosa, selamatkanlah aku. Sekiranya aku tidak menemui jalan keluar dari pendustaan dunia, selamatkanlah aku..setiap detik, setiap saat, aku minta Engkau selamtkanlah aku, Selamatkan daku, Selamatkanlah...
Ketika semua pintu telah terkunci, pintuNya tetap terbuka. Ketika setiap jalan terlihat buntu, jalanNya selalu terbentang.Ketika semua tangan telah terkekang, tanganNya sentiasa terhulur. Ketika semua cinta telah sirna, CintaNya tetap tercurah. Ketika tak seorangpun mampu menolong, Hanya pertolonganNya yang aku harapkan. Ibarat tangan, buku ini menggandingku bergerak bersama menjemput pertolongan Allah. Agar persoalan hidup diberikan jalan keluar olehNya. Janji Allah itu pasti! "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka".
101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada individu berlainan. setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita yang berbeza tetapi tujuan yang sama iaitu menceriakan hidup kita. ramai orang berkongsi penderitaan yangsama. Namun, cara setiap orang menghadapinya berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang atau pernah aku alami. ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap kesusahan akan berakhir dengan kegembiraan seperti yang termaktub dalam surah Al-Insyirah. Kita percaya dan kita berjaya. Cerita dalam buku ini memberi inspirasi untuk hidup aku kini.
Cinta itu bila hati akan mula berbunga. persekitaran yang tandus segera subur menghija, bunga-bunga menguntumindah menyebarkan haruman segar. Kelesuan berubah menjadi tangkas dan cerdas lagi cergas. Tangisan sayu menjadi manis dan Indah. Rasa lebih dicintai dan mencintai lebih bermakna untuk pemilik cinta abadi, bukan si kumbang, bukan juga romeo dan bukanlah putera dari kayangan...Hanyalah untukMu Ya Zaljalali wal Ikram...
No comments:
Post a Comment