Friday, 14 March 2014

Kota Kinabalu (Second Time Honeymoon)

7-9 Mac 2014. Cinta bersatu di bumi Kota Kinabalu. Aishah dari Tawau, Abang dari KL. Kami berjumpa di Kota Kinabalu. Subhanallah, bahagianya saat itu. KK jauh berbeza pembangunannya berbanding Tawau. Kami tiba di lapangan dalam pukul 6.00 petang. Then kami bergerak ke Pantai Inn Hotel naik teksi. Kami rehat2 dulu di bilik, dalam jam 8 malam baru kami mula merayap2 di sekitar Bandar. Apa yang kami tercari2 malam ni ialah Pasar Malam Ikan Bakar. Actually pasar ni buka dari jam 5 petang sampai lewat tengah malam. Disebabkan kami kepenatan, so kami g awal sikit, balik nnt boleh tido cepat.
Ha terliur tak tgk? So, kalau g KK jgn lepaskan peluang untuk g makan ikan bakar fresh2 kat sini ok. Lepas dh kenyang apa semua kami pun bergerak ke pasar ikan bersebelahan pasar ikan bakar. just cuci2 mata.
Keesokan harinya Aishah n husband menghabiskan ms bersama jalan2 kat shopping complex dalam bandar KK.. Antara mall yang sempat kami pergi, Suria Sabah, Centre Point and One Borneo Hypermall... Malam tu sekali lagi kami pergi makan kat Pasar malam ikan bakar, sebab nak try gerai lain pulak. Lepas makan, kami g beli Ikan Bilis, Ikan Kering, Amplang, Kuih Cincin, Sotong Kering dan udang kering untuk abg bawak balik semenanjung.
Esoknya pulak (9 Mac 2014), dalam jam 4 pagi aku dh dengar bising2 belakang hotel kami menginap. Aku try jenguk kat tingkap rupa2nya Pasar gaya sudah mula beroperasi dari jam 4 pagi lagi. lepas solat subuh aku and suami still lepak2 kat bilik, jam 8 pagi baru kami keluar ronda2 pasar gaya yang sangat besar tu. Memang penat jugak la nak round sampai habis. Kat sni la kami ukirkan kenangan dengan membeli cenderahati tertulis nama kami dan tarikh kami honeymoon.
Jam 2 petang kami bertolak ke airport naik bas. Sampai airport flight abg delayed. Tapi yang tak bestnye tempat menunggu flight ke Tawau n ke KL berasingan.  Aishah memang sedih gila la masa ni, Aishah nangis sepuas2nya. Puas Aishah fikir macam mana nak bg tengok abg, bila Aishah dah dapat idea, terus Aishah call abg suruh abg duduk kat cermin menghala ke tempat Aishah tggu. Kami berhubung tanpa suara di dinding cermin. Aishah siap berselfy dan buat video lagi dengan abg. Tepat jam 4 petang flight abg dah sampai. Aishah tggu abg tepi pintu cermin sbb abg akan lalu kat depan pintu tu untuk ke flight. Hanya lambaian terakhir dpt kami lakukan, Aishah tengok abg pergi sampai hilang flight abg dari pandangan Aishah.. Aishah terduduk sendirian di tepi pintu, Hanya Allah yang tahu kesedihan Aishah masa tu... But i'm hepi dgn rs sedih yang membahagiakan ini. 



Friday, 17 January 2014

Saat Dua Hati Bersatu

Assalamualaikum,  untuk kesekian kalinya baru dapat Aishah nak ceritakan sepanjang perjalanan majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan sambut menantu Aishah and suami (Fazli) di Pahang dan Terengganu. Acctually, ramai member2 tanya bila kau bertunang, tibe2 nak kawen dh kan. Untuk pengetahuan semua Aishah buat majlis Pertunangan, Pernikahan dalam satu masa, keesokan harinya majlis Reception. Aishah bukan tak nak ambil tempoh bertunang tapi Aishah fikir juga Aishah ni jauh (Sabah), masih dalam latihan perguruan (Elaun jerk), takkan nak susahkan mak dgn abah Aishah untuk buat majlis bertunang. So, family belah lelaki setuju nak hantar rombongan merisik masa raya ketiga last year. Kedua-dua family bersetuju untuk langsungkan perkahwinan kami Disember 2013. 
Sampai saat dan ketikanya, 28 Disember 2013 dalam pukul 9 malam gitu la bermulanya majlis dengan Doa Selamat, kemudian dituruti dengan majlis pertunangan Aishah. Aishah malu sangat waktu ni nak keluar dari bilik, atas permintaan family suami mak mertua Aishah sarungkan Cincin atas pelamin. So mama lah rasmikan pelamin sebelum abang. 
Majlis seterusnya ialah majlis akad nikah. Mak ai, Aishah kena duduk belakang bakal suami Aishah. Boleh tengok dengan jelas merah betul telinga husband Aishah masa tu. Tapi, Alhamdulillah dengan sekali lafaz Aishah sah bergelar Isteri Fazli. Tapi Aishah takkan lupa detik tu, abah nak serahkan anak perempuan bongsu dia kat seorang lelaki lain. Abah tanggal spek mata masa tu, Aishah tahu abah sedih, muka abah merah padam, kejap2 lap mata sampai tok imam gosok2 belakang abah. 

Ni pulak gambar selepas Aishah dan sah bergelar Isteri, Pahang sangat memudahkan urusan sebab mas kawen tetap kekal dari dulu lagi RM 22.50. 


Syaitan menangis-nangis menjerit2 saat kita membina masjid, Time ni aku rasa nak nangis sebab macam2 ujian menimpa, air tak de la ms hari kenduri, elektrik jap2 blackout la, what's wrong, aku pikir2 balik betul la kate ustaz aku, syaitan memang benci orang bina masjid. Keesokan harinya, majlis Reception bermula pada jam 12.00 tengah hari. Masa ni, hanya Allah jer tau debaran hati Aishah. Malu wei semua orang tertumpu kat kita. Tapi tak pe la hanya untuk sehari, sebab nama pun raja sehari kan. Tapi inilah saat bahagia, saat dinantikan setiap pasangan yang bercinta. 


Majlis dimulai dengan bacaan doa.. Semoga hubungan yang terjalin akan kekal bahagia hingga hujung nyawa, akan diberkati hingga ke syurga. Amin.... terima kasih kepada yang mendoakan kami.


Majlis Potong Kek.

Walau bagaimanapun, perkahwinan bukanlah perngakhiran cerita kehidupan, malah satu permulaan pelayaran. Banyak dugaan, banyak cabaran, banyak masalah perlu ditangani. Wallahu A'lam.

Honeymoon Time..... Feeling Excited (First Station : Semporna)

Disebabkan Aishah ni masih lagi dalam latihan perguruan di Tawau, Sabah so buat masa ni Aishah hanya ajak husband Aishah honeymoon dekat Sabah jer ler dulu. Nanti ada rezeki InsyaAllah kita sama2 tunaikan impian nak honeymoon kat oversea, tempatnya masih rahsia hehehe.. 1.1.2013 kitorg fly sama2 g sabah. Aishah g sekolah dlu 2 n 3 hb. My husband just wait me kat hotel. Balik dari sekolah 3 hb tu terus kitorg packing2 barang yang nak bawak g semporna. Kami naik bas jer g semporna sbb cikgu sekolah aku kata bandar semporna tak besar mana, boleh jalan kaki jer nak g mana2. Sampai sana kami duduk kat Dragon Inn Floating Hotel macam ala-ala chalet atas air gitu, cantik dan best sangat rasa tenang jer duk kat situ.

Sampai sana kami check in hotel dulu, tengok2 dulu persekitaran kat situ then malam baru kami keluar g jalan kat bandar Semporna. Tapi rupanya malam tak meriah mana kat sana, banyak kedai2 dah tutup, tapi restoran2 tepi laut tak tutup lagi. So, kami ambik kesempatan ini untuk makan seafood sbb my husband ni sgt sukakan seafood. 

Kepada penggemar lobster boleh la ke semporna yer kalau nak makan. Hurm tapi better korang g beli kat Pasar ikan tawau then masak kat rumah. Hari tu kami beli 3 ekor lobster mentah RM60 ringgit. Tapi kalau dah masak nak tau tak berapa? Takkan kurang dari RM200 seekor. Cerdik kan orang niaga.
Kami habiskan 3 hari dua malam di sini sambil mengenal antara satu sama lain. Almaklumlah, kita akan kenal betul2 psgn kita lepas kawen, yang aku tau lepas kawen ni pasal dia rupanya dia ni kuat membebel. Pantang salah sikit terus dia membebel, aku plak kuat merajuk. Memang tarik muka la time kuat sgt dia membebel. Tapi skrg aku dh faham dia, dia dh faham aku. Alhamdulillah...

Saat mula membina hepi family, my husband yang sgt kelakar ni sungguh pandai memujuk. Merajuk perkara kecil bg dia, membebel perkara besar bg aku huhuhu