Assalamualaikum, untuk kesekian kalinya baru dapat Aishah nak ceritakan sepanjang perjalanan majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan sambut menantu Aishah and suami (Fazli) di Pahang dan Terengganu. Acctually, ramai member2 tanya bila kau bertunang, tibe2 nak kawen dh kan. Untuk pengetahuan semua Aishah buat majlis Pertunangan, Pernikahan dalam satu masa, keesokan harinya majlis Reception. Aishah bukan tak nak ambil tempoh bertunang tapi Aishah fikir juga Aishah ni jauh (Sabah), masih dalam latihan perguruan (Elaun jerk), takkan nak susahkan mak dgn abah Aishah untuk buat majlis bertunang. So, family belah lelaki setuju nak hantar rombongan merisik masa raya ketiga last year. Kedua-dua family bersetuju untuk langsungkan perkahwinan kami Disember 2013.
Sampai saat dan ketikanya, 28 Disember 2013 dalam pukul 9 malam gitu la bermulanya majlis dengan Doa Selamat, kemudian dituruti dengan majlis pertunangan Aishah. Aishah malu sangat waktu ni nak keluar dari bilik, atas permintaan family suami mak mertua Aishah sarungkan Cincin atas pelamin. So mama lah rasmikan pelamin sebelum abang.
Majlis seterusnya ialah majlis akad nikah. Mak ai, Aishah kena duduk belakang bakal suami Aishah. Boleh tengok dengan jelas merah betul telinga husband Aishah masa tu. Tapi, Alhamdulillah dengan sekali lafaz Aishah sah bergelar Isteri Fazli. Tapi Aishah takkan lupa detik tu, abah nak serahkan anak perempuan bongsu dia kat seorang lelaki lain. Abah tanggal spek mata masa tu, Aishah tahu abah sedih, muka abah merah padam, kejap2 lap mata sampai tok imam gosok2 belakang abah.
Ni pulak gambar selepas Aishah dan sah bergelar Isteri, Pahang sangat memudahkan urusan sebab mas kawen tetap kekal dari dulu lagi RM 22.50.
Syaitan menangis-nangis menjerit2 saat kita membina masjid, Time ni aku rasa nak nangis sebab macam2 ujian menimpa, air tak de la ms hari kenduri, elektrik jap2 blackout la, what's wrong, aku pikir2 balik betul la kate ustaz aku, syaitan memang benci orang bina masjid. Keesokan harinya, majlis Reception bermula pada jam 12.00 tengah hari. Masa ni, hanya Allah jer tau debaran hati Aishah. Malu wei semua orang tertumpu kat kita. Tapi tak pe la hanya untuk sehari, sebab nama pun raja sehari kan. Tapi inilah saat bahagia, saat dinantikan setiap pasangan yang bercinta.
Majlis dimulai dengan bacaan doa.. Semoga hubungan yang terjalin akan kekal bahagia hingga hujung nyawa, akan diberkati hingga ke syurga. Amin.... terima kasih kepada yang mendoakan kami.
Majlis Potong Kek.
Walau bagaimanapun, perkahwinan bukanlah perngakhiran cerita kehidupan, malah satu permulaan pelayaran. Banyak dugaan, banyak cabaran, banyak masalah perlu ditangani. Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment