Tuesday, 13 October 2015
Wednesday, 1 July 2015
6 Bulan di SKTSG
Lame dah tak update blog. sedar tak sedar dah 6 bulan atau nak masuk 7 bulan aku bergelar guru di SK Taman Seri Gombak. Walaupun hakikatnya aku rasa sunyi hidup ni berjauhan dengan suami aku, namun aku kena kuat demi masa depanku. Orang berjaya pantang mengalah, masalah peribadi berjauhan dengan suami bukan sebab untuk aku berundur. Kerana inilah kejayaan yang aku usahakan setahun setengah bergelar pelajar Diploma perguruan Lepas Ijazah.
Hidup di kota raya mengajar aku erti berdikari, mengajar aku erti menghargai dan pengalaman2 yang ku kutip selama 6 bulan ini serba sedikit mematangkan aku menjadi seseorang yang menghargai diri sendiri dan orang disekelilingku.
Cubaan pertama permohonan tukar ke Terengganu telah pun gagal. But, aku takkan pernah berputus asa memohon dan merayu ditukarkan demi menjalankan tanggung jawab yang sempurna sebagai seorang isteri. Semoga ini tahun pertama dan terakhir aku berkhidmat di sini. Because of him... Fazli
Hidup di kota raya mengajar aku erti berdikari, mengajar aku erti menghargai dan pengalaman2 yang ku kutip selama 6 bulan ini serba sedikit mematangkan aku menjadi seseorang yang menghargai diri sendiri dan orang disekelilingku.
Cubaan pertama permohonan tukar ke Terengganu telah pun gagal. But, aku takkan pernah berputus asa memohon dan merayu ditukarkan demi menjalankan tanggung jawab yang sempurna sebagai seorang isteri. Semoga ini tahun pertama dan terakhir aku berkhidmat di sini. Because of him... Fazli
Disinilah kediamanku kini
Tuesday, 20 January 2015
Yakinkan Prospek Dengan Produk Anda
Salah satu kesilapan terbesar perniagaan yang sering lakukan ialah
mereka hanya fikir untuk memenuhi tabung mereka. Mereka tiada rasa hormat
terhadap pelanggan mereka, padahal pelangganlah sebenarnya yang menukarkan perniagaan
kepada perusahaan bisnes yang berjaya. Ada juga cerita lain. Terdapat
sesetengah orang yang ada hati di tempat yang betul. Mereka sedar bahawa mereka
mesti menyediakan kualiti yang baik kepada pelanggan mereka. Mereka memang
melakukannya. Tetapi kemudian mereka tidak dapat buat orang yang mereka
‘target’ faham bahawa mereka menyediakan kualiti yang hebat. Mereka kekurangan
kata-kata peransang. Mereka kekurangan kuasa untuk mencapai sasaran.
Ciri penting untuk berjaya dalam apa jua perniagaan ialah seni
meyakinkan orang.
Anda mesti yakinkan orang bahawa:-
®
Produk anda wajar dengan minat
mereka. Anda ada sesuatu untuk diberikan kepada mereka yang orang lain tiada.
®
Produk anda lebih baik daripada
produk-produk lain di pasaran.
®
Produk anda sarat dengan
faedah-faedah yang boleh buat memudahkan kehidupan mereka.
®
Produk anda tidak semahal
produk lain, atau sekurang-kurangnya, berbaloi dengan jumlah wang yang
dilaburkan.
Apabila anda membawa perkara-perkara ini menyeberangi populasi
sasaran anda, anda pasti berjaya membangunkan perniagaan anda. Ebook ini
membawakan anda ke pelbagai cara yang anda boleh guna untuk meyakinkan orang
supaya mereka berurusniaga dengan anda.
Tetapi kita akan menyatakan dengan jelas cara terbaik itu sendiri di
sini. Cara terbaik, mestilah, membuatkan orang faham mengapa mereka harus
berfikir untuk membeli produk anda. Orang harus tahu apakah benda istimewa yang
produk anda boleh tawarkan kepada mereka. Mereka harus faham mengapa mereka
inginkan produk anda.
Cipta keperluan. Bisnes akan ikut.
Lihat di sekeliling. Syarikat-syarikat besar juga menggunakan
strategi ini. Mereka bersuara tentang satu ciri unik yang produk mereka ada,
satu cara yang mana mereka boleh penuhi keperluan tertentu. Walaupun 99%
kandungan produk menyerupai produk yang lebih murah di pasaran, orang lebih
terpikat pada produk yang diiklankan dengan lebih baik, asalkan ia barkait
rapat dengan bagaimana ia mampu memenuhi keperluan penting yang khusus.
Memaksimakan Potensi Blog
Kita telah lihat sekilas bagaimana kuasa blogging boleh digunakan
untuk membuat urusniaga wang yang amat luas di Internet. Mari kita lihat
sekarang aspek-aspek ini secara terperinci.
Pertama, mengapa blogging sangat-sangat popular?
Blog mudah dibina dan anda tidak perlu cari jauh-jauh bagaimana
untuk membina blog. Semua sumber yang anda perlukan telah sedia ada di Internet
sendiri. Jika anda ada akaun Google, anda dengan mudahnya boleh membuat blog
melalui http://blogger.com dan walaupun anda
tiada akaun Google, anda boleh buat akaun dalam sejurus waktu sahaja.
Sebaik sahaja anda berada di blogger.com, semua yang anda perlu buat
untuk membina blog anda telah dipamerkan dengan baik di depan anda. Anda cuma perlu ikut sedikit arahan dan blog anda
akan berfungsi.
Jadi ia mudah sahaja untuk dibina. Blogger memang hebat, dan jika
anda mencari kepelbagaian, anda boleh guna http://wordpress.com.
Blog Wordpress lebih sukar dibina dan diuruskan berbanding blog Blogger, tetapi
ia pasti bukannya sesuatu yang anda tidak mampu tangani.
Untuk membuat duit melalui blog yang bersubjekkan minat anda, inilah
lima tip yang anda mesti betul-betul ikuti:-
1.
Ikut naluri anda tentang apa
yang hendak diblogkan. Jangan gunakan kata basi. Tulis topik yang anda rasa
berpengaruh dan anda pasti akan mendapat respon yang menggalakkan.
2.
Sentiasa pilih topik yang agak
dipersoalkan atau juga menimbulkan kontroversi. Ini membantu lebih ramai orang
komen tentang apa yang anda cakapkan. Ini akan menaikkan jumlah klik yang blog
anda dapat dan ia akan dikemaskini dengan lebih baik, jadi anda boleh pasti
anda dapat kedudukan yang baik dalam enjin carian juga.
3.
Terus kemaskini blog anda. Anda
mesti buat sekurang-kurangnya 2-3 post blog seminggu.
4.
Gunakan kaedah seperti RSS feed
supaya orang tahu setiap kali ada kemasukan artikel baru di blog anda dan
mereka akan datang secara automatik.
- Sentiasa jadikan tabiat untuk melawat blog-blog lain yang sama subjek dengan blog anda, buatkan post padanya dan berikan link anda sekali. Ini membawakan lebih ramai orang ke blog anda dan prospeknya bertambah.
Jadi Kaya Dengan Minat
Luangkan sedikit masa
berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir
tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang
yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan
melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang
mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk
diri mereka.
J. K. Rowling mempunyai
minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak.
Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus
menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini
menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia
membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada
Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang
kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.
Mungkin tiada cinematophile
yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh
dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia
menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah
paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan
menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!
Perlukah seseorang
bercakap apa-apa tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya,
minatnya. Dan dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga
berjalan, dia melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk
berhenti dan fikir tentang wang. Dia cuma berikan lubang kepada minat
semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa
cara yang ia mahu.
Paul Greengrass dikenali
sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood
hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya
kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang),
tetapi adakah dia ‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator
tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya
menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.
Kejar minat anda. Jangan
pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda
rasa ia mampu memberikan anda wang? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang
memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)