Kita telah lihat sekilas bagaimana kuasa blogging boleh digunakan
untuk membuat urusniaga wang yang amat luas di Internet. Mari kita lihat
sekarang aspek-aspek ini secara terperinci.
Pertama, mengapa blogging sangat-sangat popular?
Blog mudah dibina dan anda tidak perlu cari jauh-jauh bagaimana
untuk membina blog. Semua sumber yang anda perlukan telah sedia ada di Internet
sendiri. Jika anda ada akaun Google, anda dengan mudahnya boleh membuat blog
melalui http://blogger.com dan walaupun anda
tiada akaun Google, anda boleh buat akaun dalam sejurus waktu sahaja.
Sebaik sahaja anda berada di blogger.com, semua yang anda perlu buat
untuk membina blog anda telah dipamerkan dengan baik di depan anda. Anda cuma perlu ikut sedikit arahan dan blog anda
akan berfungsi.
Jadi ia mudah sahaja untuk dibina. Blogger memang hebat, dan jika
anda mencari kepelbagaian, anda boleh guna http://wordpress.com.
Blog Wordpress lebih sukar dibina dan diuruskan berbanding blog Blogger, tetapi
ia pasti bukannya sesuatu yang anda tidak mampu tangani.
Untuk membuat duit melalui blog yang bersubjekkan minat anda, inilah
lima tip yang anda mesti betul-betul ikuti:-
1.
Ikut naluri anda tentang apa
yang hendak diblogkan. Jangan gunakan kata basi. Tulis topik yang anda rasa
berpengaruh dan anda pasti akan mendapat respon yang menggalakkan.
2.
Sentiasa pilih topik yang agak
dipersoalkan atau juga menimbulkan kontroversi. Ini membantu lebih ramai orang
komen tentang apa yang anda cakapkan. Ini akan menaikkan jumlah klik yang blog
anda dapat dan ia akan dikemaskini dengan lebih baik, jadi anda boleh pasti
anda dapat kedudukan yang baik dalam enjin carian juga.
3.
Terus kemaskini blog anda. Anda
mesti buat sekurang-kurangnya 2-3 post blog seminggu.
4.
Gunakan kaedah seperti RSS feed
supaya orang tahu setiap kali ada kemasukan artikel baru di blog anda dan
mereka akan datang secara automatik.
- Sentiasa jadikan tabiat untuk melawat blog-blog lain yang sama subjek dengan blog anda, buatkan post padanya dan berikan link anda sekali. Ini membawakan lebih ramai orang ke blog anda dan prospeknya bertambah.
No comments:
Post a Comment